Peraturan dan Rutin Bilik Darjah
By: ANIS AINA BINTI ZINUDIN Pembentukan peraturan Menurut buku Siri Pendidikan Guru Pengurusan Bilik Darjah karya Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel, peraturan membawa maksud kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah. Selain itu, peraturan juga merupakan satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid. Peraturan bilik darjah ini adalah merupakan aspek yang fleksibel dan boleh dibentuk di dalam kelas melalui persetujuan daripada guru dan murid yang mana bertujuan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Berdasarkan pengalaman kita sendiri, kita dapat melihat senario perkembangan pendidikan dari bangku prasekolah sehingga ke peringkat sekolah menengah mempunyai peraturan yang telah ditetapkan yang mana kita harus mematuhinya. Dalam konteks ini, peraturan yang dibentuk ini adalah berdasarkan keperluan murid di dalam sesebuah kelas. Guru yang berkesan akan membentuk peraturan y